text generator

Followers

Wednesday, August 17, 2011

PUASA dan Nuzul Al-Quran

Nuzul Al-Quran bersamaan dgn 17 Ramadhan :) TERIMA KASIH ya Allah, andai kata ini ramadhan ku yg terakhir, terima kasih ya Allah aku diberi peluang utk melalui bulan mulia mu.. sesungguhnya hadiah dari-Mu yg paling berharga.. 


17 hari kita melalui bulan ramadhan, 17 hari kita bpuasa.. selama 17 hari ini kita menahan diri dr desakan nafsu.. sekiranya ini ramadhan yg terakhir, 13 hari hari lagi utk kita melalui bulan mulia ini, 13 hari lagi yang tinggal utk kita menikmati indahnya hidup ini tanpa dibayangi nafsu..


terlalu cepat masa berlalu, andai masa dapat diperlahankan, biarlah aku mampu utk merasai bulan barakah ini hingga ke akhir hayat, biarlah bulan barakah yg sangat mulia ini tidak berakhir iaitu bulan dimana amalan kita digandakan Allah s.w.t.

  • sepanjang bulan mulia ini berapa harikah kita menunaikan solat terawih berjemaah?
  • setiap kali kita bangun utk bersahur, berapa kalikah kita mengamalkan qiamullail?
  • dalam bulan barakah ini, berapa juzuk Al-Quran telah kita baca? sebanyak mana yg dapat kita fahamkan dan hayati walaupun utk sepotong ayat?
  • Setelah merasai ‘nikmat’ lapar dan dahaga, berapa banyak kita telah bersedekah kepada fakir miskin dan yang memerlukan? sebaliknya berapa banyak telah kita membazir membeli juadah untuk berbuka?
  • setiap minit dan saat didalam bulan ramadhan ini, berapa saat yang kita gunakan untuk berselewat dan bertasbih? Berapa minit pula masih kita bazirkan untuk memfitnah, mengumpat dan perkara sia-sia yang lain?


pesanan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna : jika kita tak mampu menyempurnakan semua, sukurang-kurangnya jangan tinggalkan semua.


pada zaman rasullullah s.a.w, sahabat-sahabat menangis bila hampir ke penghujung ramadhan, mereka takut jika ini adalah ramadhan yg terakhir tapi kita ?? kita tak sabar utk tunggu datangnya syawal... syawal itu sangat menggembirakan, hari raya adalah hari yg indah tetapi indah lagi bulan ramadhan yg satu-satunya bulan amalan kita dilipat gandakan dan bulan dimana adanya lailatul qadar.. seharusnya kita patut bersedih dgn perginya ramadhan bulan mulia dan barakah ini, tidakkah kita rindu semua nikmat yg dikurniakan Allah tapi inilah realiti kehidupan sekarang..

Sempena Nuzul Al-Quran ini, cuba kita fikir sejenak, adakah selama ini kita mengambil Al-Quran seperti yang Allah perintahkan, atau selama ini kita hanya beriman dengan sebahagian dari Al-Quran atau telah mengabaikan Al-Quran? Adakah selama ini kita jadikan Al-Quran sebagai petunjuk, sumber hukum dan sebagai penyelesaian segala masalah kehidupan atau sebaliknya?

“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara yang haq dan yang bathil)” (Al-Baqarah (2):185)

“Aku telah meninggalkan pada kalian dua perkara : jika kalian berpegang teguh pada keduanya maka kalian tidak akan tersesat selama-lamanya, iaitu Kitabullah dan Sunnah NabiNya” (Hadis Riwayat Muslim)


p/s : tiada manusia yg sempurna termasuklah saya tetapi apa yg menyempurnakan kita adalah usaha kita utk terus sujud kepada Allah s.w.t :)

No comments:

Post a Comment