text generator

Followers

Sunday, May 8, 2011

Mothers Day History

Sebahagian besar negara-negara yang 
merayakan Hari Ibu akan sambut dalam bulan MeiPada hari inisemua Ibu akan disambut, diberi hadiah dan perhatian istimewa dari keluarga dan orang-orang yang disayangi.


Mungkin ramai yang tidak tahu dari mana asal-usulnya hari ibu :



Spiritual Asal Hari Ibu
Hari Ibu iaitu amalan untuk menghormati ibu yang berasal dari zaman kuno masa lalu yang biasanya memiliki simbolik dan spiritual yang kuat. Pada zaman ini, masyarakat cenderung untuk merayakan dewi-dewi dan sebagai simbol daripada Ibu yang berasal dari dewa perempuan mitologis kepada Gereja Kristian.

Dewi Isis iaitu sejarah awal Mesir merupakam salah satu catatan sejarah awal masyarakat untuk merayakan dewa Ibu yang dapat ditemui di antara orang Mesir kuno, yang mengadakan festival tahunan untuk menghormati Dewi Isis.


Setelah saudara Isis, suami Osiris telah disembelih dan dipotong-potong dalam 13 potongan oleh saudara yang cemburu iaitu Seth, kemudian Isis mengumpulkan tubuh Osiris' yang telah dipotong tadi dan menggunakannya untuk hamil sendiri. Dia kemudian melahirkan Horus, Isis terpaksa bersembunyi di antara buluh supaya tidak diketahui dan dijumpai oleh Seth.  Horus membesar dan mengalahkan Seth dan seterusnya menjadi penguasa pertama dari Mesir. Jadi Isis mendapat gelaran sebagai Ibu dari fir'aun. 


Festival Isis juga dirayakan oleh bangsa Rom iaitu sebagai acara untuk memperingati pertempuran yang penting dan sebagai tanda awal Musim Sejuk. Festival Isis diadakan di kuil Rom, dan festival ini berlangsung selama tiga hari dan dihiburkan oleh perempuan, penyanyi dan penari. Namun sejarah Rom, iaitu Hari Ibu ditemui dalam perayaan dewi Cybele Frigia, atau Magna Mater (Great Ibu). Cybele berasal dari Rhea, Dewi Yunani, yang merupakan Ibu sebahagian besar dewa utama termasuk Zeus.

Sejarah hari ibu juga dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga untuk masyarakat Greece, iaitu sebagai penghormatan kepada Rhea, ibu kepada tuhan mereka.
Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday".  "Mothering Sunday" dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.
Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.
Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah dicampur dengan upacara kegerejaan. Orang kristian akan menghiasi gereja mereka dengan permata, bunga dan hiasan-hiasan yang lain kerana mereka menjadikan gereja sebagai tempat untuk org kristian beribadah. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.
Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 yang dicadangkan oleh Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam lagu tersebut menaikkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mengawal politik dunia.
Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia untuk meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.
Anna Jarvis dan semua pengikutnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan rakyat Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti di raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.


Mungkin ramai antara kita tertanya-tanya macam mana kita nak sambut hari ibu, nak raikan ibu untuk kenang jasa dan pengorbannannya... jadi, tak perlu ada satu hari yang khas untuk itu, setiap hari kita boleh hargai jasa ibu kita, tak perlu nak tunggu setahun sekali.. :)

No comments:

Post a Comment